Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, August 7, 2012

Bersyukur KepadaNya

Salam ramadhan semua,

jom hayati apa maksud disebalik gambar di bawah ni;

semoga ianya menjadi pedoman kepada kita semua, insyaAllah...

bersyukur dengan apa yang kita ada, belum tentu apa yang kita tak nampak tu kita takkan dapat, Allah maha mengetahui segalanya.

Zakat Fitrah

Alhamdulillah, bersua lagi kita...ok hari ni saya nak share serba sedikit mengenai Zakat Fitrah, yelah bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ni kita umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bg yang mampu la.

ok, ni saya kongsikan apa yabg dimaksudkan dengan zakat fitrah, selamat membaca!


Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Syarat Zakat Fitrah

1) Islam

2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.

3) Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


Kewajipan zakat fitrah

Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1) Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2) Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

3) Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

4) Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5) Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Ramadhan Al Mubarak

alhamdulillah, kita sekali lagi berada dalam bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa berlipat kali ganda pahalanya dari bulan2 lain dalam kalendar Islam.

Banyak perkara yang dapat kita perhatikan gelagat manusia dalam bulan Ramadhan ni, ada yang puasa tak tinggal ada pulak yang sakit tak boleh berpuasa dan ada jugak yang boleh puasa tapi takmau nak puasa.

Anda tergolong dalam kalangan orang yg macam mana agaknya?

Tepuklah dada tanya amalan anda...hehehehe

Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 semua. Semoga Ramadhan kali ni amat bermakna untuk kita. InsyaAllah, aminnn...

Monday, August 6, 2012

K.E.M.B.A.L.I

Alhamdulillah, saya kembali berkarya setelah sekian lama tak update blog saya ni.

Macam mana sambutan Ramadhan kalian semua? Ada yang tinggal puasa ka? Kalau yang perempuan tu boelh la terima alasan tinggal puasa, yang lelaki tu macam mana plak? hahahaha ;D

Oklah, apa apa pun saya harap semua kawan2 dapat menjalankan ibadan puasa dengan sebaiknya, insyaAllah.

Monday, December 20, 2010

Penang "Stamford" Bridge.. (",)

Kita bersua kembali...
nak tanya la kat hangpa, hangpa penah ka tengok Jambatan Pulau Pinang waktu malam?
haaaa....sini aku nak share beberapa keping gambaq Penang Bridge ni...waktu malam..
subhanallah, air laut malam tu memang memuaskan...tenang ja...cuaca malam tu pun amat cantik...
malas nak pumpang lelebih...nah...

 

ok, yang ni pulak gambaq Jeti untuk ke Pulau Jerejak pada waktu malam...aku suka pecahan cahaya pada mentol-mentol lampu tu...hehehehe


kini K.EM.B.A.L.I

Assalamualaikum...
alhamdulillah, kini kembali bersua...
rasanya macam dah lama sangat aku tak update blog aku nih...
bukan takdak masa, tapi kesukaran untuk berhubung ke talian...almaklumla, sejak berpindah ke umah sewa ni internet amat terhad...hehe...
haaa...kat sini aku nk upload la serba sedikit apa yang aku sempat snap sejak dua menjak ni...
harap semua enjoy ngan apa yang aku sediakan ni ye..



W.A.R.N.A W.A.R.N.I kembali....