Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, January 28, 2010

Buang Masa @ Dataran MPSPK Sungai Petani Ver 2

salam semua,

 
hahahahaha...dari tajuk je aku rasa hangpa semua dah boleh agak kat mana aku ambik gambaq kali ni...hehehe! tempat yang biasa aku dok pi kat SP time malam...gamaknya kat situ jelah tempat yang menarik kat SP bila malam menjelma....happening tu boleh la, semalam aku pi kat situ ramai la jugak orang yang melepak kat situ...

 
kali ni aku pi outing dengan member aku dari kelab MYVIANS, iaitu saudara Hafis Bahariza atau pun lebih glamor dengan nama Fizz Myvians...haha...dia pun pakai Nikon D3000 macam aku, tapi dia beli lagi awai la dari aku...hehe..tak pa, yang penting kita mau belajaq apa yang kita tak tau kan....

 
ok, malam ni aku cuba menggunakan tripod, sebab sblm ni aku dok pi ambik gambaq kat sini asyik terlupa nak bawak tripod ja...smua gambaq macam tak jadi...hahahaha...biasa la tangan amatur, dok shaking ja bila amik gambaq malam...nak pulak shutter speed lama beb! ok la, malas la nak sembang banyak...kat sini aku lampirkan serba sedikit gambaq yang sempat aku snap malam tu...

 
kepada sifu-sifu yang terpandang blog aku ni aku berharap sangat hangpa semua boleh bagi idea, pendapat, kritikan membina...aku nak jugak belajaq apa yang aku tak tau...mintak tunjuk ajaq ye sifu-sifu sekalian...
















oklah, aku rasa takat ni ja untuk kali ni..haha..kita berjumpa lagi di lain blog yang akan menyusul lagi lepas ni...sehingga tu, assalamualaikum, salam sejahtera...zassss...!!

Saturday, January 23, 2010

Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

salam,
rasanya mcm agak lama aku tak update blog aku ni...bukan apa, takdak kesempatan nak buat demikian...lagi pun internet kat umah aku slow sangat...dah lebih had yang ditetapkan la...hahahahaha

ok la, kali ni aku nak share gambar yang aku sempat snap masa aku ke Cameron Highlands hari tu...rasanya banyak jugak yang sempat aku snap, tapi aku malas la nak upload banyak-banyak kat sini...maaf banyak2 kepada sesiapa yang baca blog ni ye...tp aku takkan hampakan pembaca blog ni, aku sertakan serba sedikit gambar menarik semasa aku kat sana...

so apa tunggu lagi, mai kita tengok kat tempat mana yang sempat aku snap...hahahahaha! enjoy geng!


sendiri petik strawberr...hahahaha 
  

 
Cameron Bharat Tea Plantations


 
Cameron Bharat Tea Plantations


 
lagi....Cameron Bharat Tea Plantations


 
ladang lebah?


 
Tanah Rata


 
Tanah Rata


 
kebun kaktus


 
pokok strawberry untuk dijual...RM8 per shoot..huhuhu!


 
 Cameron Highland vase anyone??


 
Night shoot kat depan salah satu Hotel kat sana...cun wooo lampu tu...



 
WST7242...hahahahaha

 
 
haaaaa...ni la tempat penginapan aku selama aku kat sana 3hari 2 malam, Desa Anthurium Apartments...murah, selesa...kira memang best la kat sini....lokasi pun antara Tanah Rata dengan Brinchang, kira tengah-tengah antara 2 pekan tu...tempat pun memang sempoi...kalau pi Cameron Highlands tu boleh la try lepak kat apartment ni...cuba, jangan tak cuba...hahaha!



hmmmmmm....oklah, aku rasa sampai kat sini jelah kot aku nak menulis kali ni...itu ja gambar yang sempat aku upload kat sini...ada banyak lagi, semuanya 300+ keping...hahahahaha....kita jumpa lagi di lain blog ya...sementara tu, salam smua....






Tuesday, January 19, 2010

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Sejarah

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.


Arkitek

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.


Reka bentuk

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.


Masjid Diraja

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun jawatan Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).








Saturday, January 2, 2010

Buang Masa @ Dataran MPSPK Sungai Petani

Salam, kita berjumpa lagi di blog baru ni...hari ni aku nak update gambaq terbaru yang sempat aku dan Cumi snap masa kami jalan-jalan kat Dataran MPSPK Sungai Petani. Dataran ni aku tak pasti bila siap sebab aku macam dah lama tak pi Sungai Petani, last aku pi masa pi butik pengantin teman abang aku bersiap masa majlis perkahwinan dia..dataran ni happening jugak la waktu malam, lampu kat dataran ni pun tak dipadamkan selepas pukul 12 tengah malam...tak macam sesetengah tempat yang lampu/spot light kat tempat tu akan di padamkan selepas pukul 12 tengah malam...kalau siang kat dataran ni pun menarik jugak, insyaAllah..aku nak pi snap waktu siang pulak kat sini lepas ni...ok la, ni aku kongsi beberapa keping gambaq yang sempat aku ngan Cumi snap masa kat datara MPSPK ari tu...

Cumi posing tepi spot light dataran


posing lagi tepi spot light..hahahaha


credit to Cumi untuk gambaq ni


HSBC Bank Sungai Petani

HSBC Bank Sungai Petani

pasu bunga..hahahaha

hmmmm...ni ja yang sempat aku ngan Cumi snap masa kat Sungai Petani ari tu...lepas settle smua, kami pi pekena KFC kat depan dataran tu...hahahahaha...ok la, aku undur diri dulu..kita jumpa lagi nanti..salam.

Buang Masa @ Jeti Sungai Layar, Merbok

hmmmm....aku boring sebenarnya...bila settle keja uruskan hal mak, aku tak tau  nak buat apa hari ni...aku pun tergerak hati nak ambik gambaq..yelah, dah 2 minggu aku tak ambik gambaq...rasa macam ada yang tak kena...jadi, ari ni aku sms Cumi ajak dia pi ambik gambaq kat tempat kegemaran kami...aku rasa bukan kami ja suka tempat ni, siapa yang sampai kat tempat ni mesti akan mai lagi...tempat ni memang tenang...memang relaks la bagi aku...tambah pulak kalau waktu petang, ramai jugak orang yang mai sini, ada yang bercouple, ada yang mai dengan famili...memang meriah kat sini...tambah pulak la ni pihak berkuasa tempatan dah menaik taraf tempat ni sebagai salah satu tempat pelancongan di negeri Kedah...la ni parking pun dah luas, restoran pun dah besaq (Restoran D'Jetty 8 Beradik), dh tu siap ada tempat informasi pelancong lagi...pejabat pelancongan dll...ada jugak trip untuk menaiki bot menyusuri Sungai Merbok...aku rasa orang yang paling suka mai sini adalah geng pemancing...kat sini kalau ada rezeki memang banyak ikan boleh dapat...kalau nak ambik trip naik bot untuk memancing sekitar Sungai Merbok pun ada kat sini....masa aku ngna Cumi pi kat sini ramai pemancing sedang khusyuk dok memancing....jadi aku rekemenkan la kat sesapa yang nak cari satu tempat untuk relaks-relaks ujung minggu...ok la, aku sertakan serba sedikit gambaq yang sempat aku snap (ada jugak Cumi yang snap - credit to Cumi)...



Cumi posing kat ujung pelantaq jeti



Bot JPA..in case ada emergency kat sini



sampan/perahu nelayan



bot ni dinaikkan untuk diperbaiki



sampan/perahu nelayang tengah "parking"



ni la pelantaq ujung jeti...



pelantaq terpung ni baru dibina



parking lot untuk perahu/bot nelayan kat sini



pemandangan dari tengah pelantaq jeti...



lagi parking lot untuk bot nelayan



Jambatan Sungai Merbok



jom memancing...sambil tunggu kail tu mengena jom baca novel dulu



sabaq menanti



suasana senja di Jeti Sungai Layar, Merbok



suasana senja di Jeti Sungai Layar, Merbok



parking kereta



salah parking keta nih...hahahahaha



yang ni pun salah park keta jugak ni...muargh hahahaha..!


ok la, ni ja untuk kali ni...lepas ni kalau ada tempat-tempat menarik kat mana-mana aku akan update kat blog aku ni...apa-apa pun selamat bercuti hujung minggu kepada semua...salam

Kenduri Abe (Nazrul Hisam)

Pada 31 Disember 2009 yang lepas saudara Nazrul Hisam, kawan tempat keja aku ada wat kenduri makan-makan tengahari kat Kedai Makan Anggerik Biru, dekat dengan Hammer Bay..
Nazrul yang aku dan kawan-kawan panggil Abe, perkataan yang sinonim dengan warga Kelantan buat kenduri sempena kelahiran anak sulung beliau. Di samping tu kenduri ni jugak sempena meraikan kerja baru beliau di SUK Kelantan (dapat keja gomen member aku ni...hehehe)..
Jamuan ni kira macam jamuan perpisahan la..lebih kurang macam tu la...hehe...ok la ni ada beberapa keping gambar yang sempat aku dan kawan aku (Azlee & Suffian) snap masa kenduri tu...















































haaaa....dah habih dah....ni ja yang aku, Azlee ngan Pian sempat snap hari tu...so kita jumpa di lain blog ye...ada lagi yang akan datang...salam...